Sunday, March 13, 2016

Masih ada Harapan

Hello hello

Baru balik bbq dinner band tadi. He has invited me to join as well. I am just okay since aku pun kenal ok je ngan bebudak lain. At least I have this small family dlm cultural yang masih perangai gila gila layan aku alumni tua.

Malam ni short ja nak cerita, since tidoq sepanjang hari ni and just berbbq dinner sampai plan nak pi Matta Fair pun cancel -_-"

This is last semester for him and I am fell and act like 80% obligated to help him in terms of monitoring his music activities as well as the studies. Even though ada decision aku terpaksa buat antara Cikgu, family dia, lecturer and aku. Kalau ikutkan memang almost everytime aku serba salah and somehow, aku buat atas satu sebab je, untuk ko. Aku dah tengok banyak kali dlm semester baru your ups and downs. So aku harap tindakan aku kali ni, betul betul dapat bantu ko. Sorry aku terpaksa...

Well skrg dah minggu ke-7, so aku harap dia masih semangat untuk habiskan bukan sekadar dalam kata kata tapi dengan tindakan.  Please...

Wehhhh ngantuk pulak seh padahal banyak nak cerita..

Klah nite hahahahahaha

Friday, September 25, 2015

Macam tu je lah Senah

Situasinya macam ni lah.

Kita masing-masing faham apa kita nak tapi banyak benda yang masih tak pasti dan ianya menjadi penghalang buat masa sekarang.

Kita tak macam dulu tapi sekarang lebih yakin dan jelas apa yang kita nak cumanya tak leh obvious macam dulu. Biarlah batasan kita tetap dijaga sebab siapalah kita untuk tahu apa akan jadi nanti kan. Macam ko cakap, selagi takde ikatan yang sah..eloklah kita macam kawan.

Kita boleh start berusaha sekarang utk capai matlamat kita, iaitu, ko cepat habiskan study supaya boleh fikir apa yang seterusnya. Aku yakin, kalau betul, Allah akan mudahkan walau sekarang mungkin nampak impossible dan susah senarnya.

Aku masih kat sini, support ko k.

Aku pun rasa jugak berdosa bila selalu sangat fikir pasal ko, nak spend masa dengan ko, ajak ko ke sana sini. Umur makin bertambah, tapi attitude macam kita ni dah ada ikatan pape pulak. Tak elok, dan aku tau. Haih

Raya Aidilfitri yg tak Disangka

Semalam lupa nak cerita.

Raya aidilfitri haritu, aku invite few friends datang raya rumah. Yang lain kengkawan yang memang nak konvoi beraya.

Dia datang beraya dengan adik. Thanks sebab sudi mai raya. Niat aku just, mama abah suh jemput mai so jemputlah kan and secondly saja nak bagi dia kenal family aku. Semuanya okay sampailah abah start tanya soalan cepumas kat dia..adeh. Tapi bila fikir balik, sebabkan abah tanya dan cuba explain la aku rasa dia dah start faham dan terbukak sikit fikiran towards family dan expectation abah dan aku sendiri. Alhamdulillah sekurangnya dia dah tau apa perasaan aku yg latest ni.

Cuma, aku pun masih tak pasti future kami mcm mana. Even aku berharap tapi aku sedar aku berpijak kat dunia mana. Aku dah janji dengan diri sendiri, aku nak tolong dia support study dia sampai berjaya grad. Aku tau dia ada cabaran sendiri nak habiskan disebabkan faktor diri sendiri, kengkawan satu batch dah takdak, masih sibuk itu ini, kerja part-time dll. Aku takkan halang apa dia nak buat melainkan apa dia nak buat tu melebihi benda yang lebih prioriti. Aku doakan semuanya akan dipermudahkan, berapa bulan je lagi, then dia akan balik kampung dan....................herm..

Senarnya aku bukan fikir negatif, aku cuma nak berjaga-jaga dengan hati dan perasaan sendiri ni. Takut senarnya..

Tapi, aku tau aku kena usaha sekarang dan doa dan tawakkal..Allah tau selebihnya..


Intern friends and 3.0 again!

Salam Aidiladha!

Dah September pun..last post Jun lepas.

...............................malasnya nak taip tapi rasa cam banyak betul benda nak cerita. K lah, kalini kita try cara lain selain just karangan buta haha


Jun - Ogos. Depa dah habis intern, cukup 3 bulan dah senarnya. Sedih kot, 3 bulan ni memang lunch sekali, lepak, balik sesama. Dan sekarang, back to normal working life. Aku, kerja, boss, budak kerja dan lelain :"( Anyhow, a good memories, alhamdulillah.


Ogos. Alhamdulillah, result sem 3, tahun 1 dapat naik CGPA ke 3 pointer balik. Alhamdulillah..baru ingat nak give up kalau still fail, Allah bantu tunjukkan jalan. Alhamdulillah. Terimakasih abah, mama, sedara, kengkawan dan ko sebab tolong bagi support.

September. I realized and learnt seriously few things untuk financial planning and saving. Selain tu, berazam untuk join aktiviti outdoor (hiking dan jogging/workout sesikit) dan kurangkan berfikir pasai sorang tuuuuuu ja. Ingat, life is short, make full use of your life Fatin. Oh dan jugak, fokus study, buat assignment bersungguh jangan dok halai balai, tajdidkan niat, belajar sesuatu bukan semata master di tangan, gunakan ilmu tu. Kerja pun tak lupa, do your best. kerja kan ibadah. Hurmmm..

Fatin can do this. Go go!

K lah..ketemu lagi.

Sunday, June 21, 2015

Dear you..

Dear you,

I am so happy you are doing well up to today. I can see your improvement in few things in your life from time to time. Especially from the time when you are so down and almost give up on your studies.

I wanted to tell you that to have you doing internship in the same company as where I'm working is the most happy feeling that I have. Do you know why? Because I can meet you almost everyday, I can have lunch with you, I can help you in few things, I can see your fatigue and happy faces after work, I can see your hardship and being discipline worker, I can see your effort to learn things and all is I can see you standing and smiling when we are about to disperse in front of the lift to go back our own office :)

I can feel I am so happy even though I know that there are possibilities that I cannot have you (I don't want to think thou). To be honest I am putting a very very very high hope on you for my future. But, only Allah knows what best for us. Hurmm.... I am so afraid to ask you again about us, I don't know when the time is suitable for us to talk, I am afraid that you are again rejecting me. I know I cannot push you, but I am everyday pray for the best and hope that Allah will guide my heart for the right things.

For time being, I wanted to be the only person that you will see whenever you feel happy and sad. I wanted to be your more than a best friend supposed to be. I wanted you to know that I cannot lose you unless I will lose my own self (okay, ni macam bunyi over haha but betul la kan huhu)

I am so afraid of what coming next.

But I know He has plans for us. The best one. Allahu..

Ok, good night :)

The problem is me

Salam 5 Ramadhan :)

Dah Jun 2015, how time flies. Currently tengah sem ketiga, nak completekan first year aku. Uuuu tak sangka, but sem ni sebenarnya kena struggle lebih sebab nak baiki pointer. Skrg cam 2.9+ and all I need is to make it 3 sebab minimum requirement for masters is 3. Please, doakan aku k. Cuak jugak sebab subjek semakin susah. Setiap kali ngadu kat mama, mesti mama cakap: "tu kan pilihan Fatin, jadi jangan mengeluh la..face it" hihi betul la tu :p

But the problem is aku ni:
1. Asyik tangguh kerja sampai last minit T_T
2. Buat kerja halai balai asal siap -__-
3. Tak buat revision dah study apa ja

So what do you expect to score? :[

Ok ok mulai saat lepas taip post ni, aku berubah inshaaAllah! 

Chaiyyokkkkkkk!

Sunday, April 19, 2015

Home

I am home today after a while. 

Semalam berkesempatan mandi sungai and pagi nih berjaya tawan bukit Tabur. Alhamdulillah allah yg izinkan.

Aku azam cuti 2 minggu nih aku nak fokus kerja. Kerja berkualiti dan efisyen. Bukan guna tenaga lebih pikir lebih melampau sekali tak berguna. Must be smart. And bos cakap aku kena ubah perangai blur dan kena fokus. Hmm 

Satu lagi dok umah nih aku kalau boleh nak cuba sedaya upaya jauh kejap dari dia. Pause lah kejap biar dia fokus program dia dan all projects final sem nih. N aku taktau la decision aku sibuk dok kalut post gambaq kami dah kenapa. Gigih hmm but aku just suka heh😳

Ok lah..hopefully life would be more happier and meaningful after this. Fokus family fokus kerja fokus aktiviti😁 inshaaAllah akan bermakna dan diredhai Allah☺️

Thursday, April 16, 2015

Offer

Harini aku dapat offer transfer kerja ke MMU bahagian kaunselling student. Am not that too into but keen to learn new things.

Tapi sayang tm lebih drp kena keluar ke sub.

Haih moga Allah bagi petunjuk😕

Tuesday, April 14, 2015

Ingat Fatin..

I am so happy. Just happy like the other girls do. Happy like I should :)

Senarnya happy bila dapat jumpa someone. Even though I can see the difference skang and aku pun tak tahu kenapa. Bila jumpa dan tengok muka, terus rasa lega, lupa yang aku tengah stress.

Ok, over tapi betul.

Aku pun taktau cana nak cakap, tapi skang ni apa aku rasa, aku cam down sedih sikit dia cam dingin, tak berapa nak sharing masalah ke apa. Ada je borak, if masalah pun pasal bebudak band. Memula aku rasa cam, dia dah cam ada tendency nak ignore, avoid aku. Taktau apa masalah aku dah buat dia annoyed :'( Tapi, lepas pikir balik..takpelah, maybe dia pun tengah kusut pikir diri sendiri, kerja, kelas, assignment and fyp.. Maybe perasaan aku je lebih, pompuan kan emo haha

Aku rasa kena dengar nasihat mama, Zakwan dan Intan. Bagi ruang kat dia, jgn ganggu..about 2-3 weeks, mama kata let him be, jgn kejar, tengok apa respon dia. Kalau dia rasa ada kehilangan dia cari, kalau tak, maybe aku kena bersedia..Intan pun kata kan, tunggu berapa bulan ja lagi, biar dia setel semua, nanti intern mesti dia cari.

Sabar lah fatin...lama dah hang sabar..takkan ni pun takleh tahan kejap. Jangan sibuk nak question dia la ni..ingat, dia tengah macam-macam dalam kepala otak dok pikir tuh. Kalau salah masa bertanya, jangan sampai nanti dia jauhkan diri terus. Ingat jugak, dia selama nih ok je kan. Layan dan respon ok kan, theres must be something dalam kepala dia tuh. Rileks, biarkan dia, bagi masa dan ruang dulu k......tak lari mana.

Just kena selalu prepare diri kekuatan tuh dalaman luaran, kalau dia betul bukan hak hang, terima dengan hati terbukak. Akan ada yang lebih baik..Allah kan dah janji tuh..rileks la. Enjoy la life nih, esok lusa maybe ajal. Berharap Allah tunjuk jalan yang terbaik. Sampai skang, aku still aku, yang belum boleh hilang dia. Maybe cam loser sikit, but it is reality. Sorry

Ya Allah, bagilah aku petunjuk....


Friday, April 10, 2015

:'(

Aku terlalu letih..

Monday, December 1, 2014

1 Disember

Permulaan Disember yg suram. Aku hilang keyakinan nak teruskan master. Malam tadinye exam aku fail takleh jawab, rasa kosong tengok soalan paper exam. Balik exam terus tidur dan pagi ni keluar jugak air mata. Tak tahan.

Call mama dan luahkan. Mama kata aku culture shock dan study last minit. Tapi aku rasa aku yg problem..rasa bodoh. Tak reti bahagi masa, bahagi kerja, bahagi tenaga, tak reti fokus..

Allah...bantulah aku tunjukkan aku jalan...apa yg terbaik buatku..

Tuesday, November 25, 2014

K

Some might not even think to ask my problems. Why am I too bother yours💆😔



K

Thursday, November 20, 2014

Pesan Ifa

Seminggu dua la nih memang asyik down..aku cam tak paham apa kehendak aku senarnya..cam tak clear and ragu ngan apa yg aku dah decide..haih

Skang nih aku nak cuba sangat bangkit..aku pun takmau sedih melampau and takmau benda nih cam takdak ending. Kak Sity ada cakap yg semua benda berlaku nih boleh kita ubah/control/tangani/decide..depends on kita lah camna nak ianya berlaku.

Betul la tu..kalau setakat nak akur pastuh diri sedih stress..what ni point pun nak dok dalam keadaan cantuh sampai bila pun taktau......haih

Oh Ifa ada pesan, dia suh let go "dia" buat masa skrg. Disebabkan takdak urgency and kita pun takleh decide on behalf and control benda tu, jadi, kena sabar banyak dan cuba sedaya upaya supaya tak terlalu pikir..buat hal masing22 dan go je with the flow. 

Dah benda kita pun takleh nak buat pape. Hal ni melibatkan dua pihak, jadi kena caro hok duo pihak lah. Dop jadi kalu sebeloh jah. Saba banyok la teng..Allah kan tengah uji tuh, ye saye hambo dio😌 

Belajar utk lepaskan dia, belajar utk hidup berdikari, belajar utk tak mengejar org, belajar utk tak susahkan diri pikir banyak, belajar utk sayang diri kesian kat diri..belajar la k fatin. Kita taktau sampai bila hidup nih, takkan nak sia22kan ja saki baki hidup dok meratapi sangat.

Let go tu bukan maksud suh lupa n buang rasa tuh, cuma let go jelah dia dgn hidup dia..kalau ada, ada lah. Tak perlua paksa..tak perlu kejar, tak perlu susahkan diri senarnya..happykan lah diri tuh. Involvekan diri dgn benda happy..banyak lagi org appreciate kita buat masa nih dan banyak lagi sebab utk teruskan bersyukur dgn apa yg ada la ni..


Sabaq k fatin..Allah akan bagi yg terbaik buat diri nanti..😔😕

Friday, November 14, 2014

Unstable life

Banyak benda yg senarnya takleh harap benda tuh nak datang sendiri or setel sendiri.

Aku sedar yg aku banyak duduk dan tunggu, takde effort lebih nak belajar sendiri..dah tahu diri tak berapa pandai..haih

Last night akak ofis cerita dia kena basuh ngan bos and even bos said something about me. Terkedu ngan some of her questions:

"Apa fatin nak proofkan dgn ambik masters in this hectic time?"
"Why uia? it is not a good uni"
"Apa skop kerja fatin lagi selain calling participants? buat kerja tu in 2-3 weeks tak habis-habis?"

Memang deep and even made me think a lot (dah la nature memang jenis berpikir plak tuh adeh)

---------------------------------------

Takpelah. Apa yg dah di komen di kritik dan di bahas, aku tetap dengan niat dan aim aku. Masters is not about nak proofkan yg aku hebat, tapi sebabkan diri sendiri. Aku taknak kepala aku tumpul dan minat belajar terkubur camtu. I have my own stand, kata lah apa pun bos. I have my rights to do with my own early age ni. Maut ajal kita taktau sampai bila. So, let it be how am I wanting to do with mine.

Pasal skop kerja, macam angah cakap tadi, aku kena clear apa aku kena buat senarnya supaya at the end orang tak ambush apa je aku buat selama berkerja ni.

Thank you angah. Your simple words made me realize. Aku rasa kalau teruskan camni boileh jadi bodoh dan macam balaci.

Hurm.

Aku kena buat something....

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Haih


Saturday, October 25, 2014

Mind-thoughts

Study for Masters midterm
Financial for UK trip
That person
Nonstop workload
Solat yg terumbang ambing
Didikan agama yg tak ditambah/diingatkan

All these things keep in my mind..ada yg mampu buat sekarang, ada yg tak mampu. Senarnya takdela tak mampu, tapi, just..hurm, takde effort lebih :'(

Thursday, July 10, 2014

Tiba-tiba

Kuatnya rasa ni, andai la benar permudahkanlah..andai mainan syaitan dan nafsu sahaja, jauhkanlah ia ya Allah yg Maha Mengetahui😔

Sunday, July 6, 2014

Deep thought after a year passed

Sudahlahh fatin.

Dah setahun pun kepala ni berperang fikir kenapa mcm ni berlaku, kenapa mcm tu, kenapa aku kenapa tak org lain, kenapa dan kenapa...

It's hurt deep inside. Tak salah siapa pun, diri sendiri yg problem.

Maybe on my side I feel betrayed, org dah tawar hati kot or maybe I am that bad dulu senarnya. Yelahh sometimes we never knows yg kita dok keep buat salah senarnya and seksa hati orang dalaman (perbuatan or kata22) sampaila masa Allah tarik semuanya and put back everything in its origin place (keadaan yg mana I never share life with others and nothing to worry about).

That was also my deep thought everyday in mind. Acah-acah muhasabah😨

For me both of us had try our very best dah, but things happened with His will just in seconds! I couldn't accept the reality and keep chasing with hopes within sampaila sekarang. If you read this, sorry lah ini kisah aku takleh nak stop sebab perasaan tu deep sangat. Satu je yg aku cuba pegang, one day if you really ready with your future and still wants me, I'm okay. I never kisah pun how is your future gonna be, trust me, as long as I can be with people I like most, aku happy. Maybe dulu ada lah dok pertikai antara doktor dan engineer, well tu semua kisah budak22, bila pikir balik, adehh tak matangnya lahai. I am happy but not happy at all when things turn out like this. I never expect and hope.

Another my deep thought, you might be ada terasa with me and I don't know why, truly, I'm so sorry for my bad.

Nak cakap menda nih semua, but I don't wanna seem like "gila la pempuan nih, over nak explain semua" plus you are in the middle of having problem and have difficulties in settling your study life, so, its okay if I meroyan tak betul camnih. Tak mintak pun, but it keeps beating inside mcm nih. I just have the ability trying to control and try the best to not showing and pressure you with this problem remeh camnih. I am not okay mow but I am just okay..ha mcm tuu😔

Haish nak cerita kat orang, I know people pun malas nak dengaq, so put it here. Later or sooner maybe we can talk about this or maybe not. For now, I always always and always keep praying for your me and our best, harapan tu masih ada, cuma aku tak mampu nak ubah pape, sebabnya keputusan tu dtg dari diri memasing, and not to forget, Allah yg pegang hati kita semua, I cannot push you. Please take care and jumpa lagi☺️

Note: Allah knows best, yakin. Okeh dah pukul 8 lebih, kerja~~

Sunday, April 6, 2014

Bonjour

Salamu'alaykum.

Writing this while listening to zikirullah, keep playing on Astro Oasis. 

Unexpectedly I open this old-and-aged blog, reading my own writings. The writings seem full of sorrow. I realized something, Allah had answered my prayers once in a while ago, but His answer didn't turn me happy though. I felt triple sad. I really don't want everything turn up this way.

Allah.....show me the hikmah behind all of these...I know everyone's life is hard, mine too O my Allah.

Hurm..

Wednesday, July 10, 2013

Entah

Berkali-kali jugak baca artikel kat bawah tu..faham, bukannya tak faham. Cuma jauh dalam hati aku ni aku…..erm..nak kata mengharap, ada la jugak tapi dibatasi dengan logic akal aku balik. Kadang22 bermain lagi kat fikiran ni..hati kembali jadi sakit..

Allah..payahnya aku nak lawan..adakah rapuh benar imanku ini? 

Ya..aku rasa memang ya..teruknya diri, lemahnya diri.

Artikel yg boleh buat nangis

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.
Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.
Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…