Showing posts with label Practical. Show all posts
Showing posts with label Practical. Show all posts

Wednesday, July 3, 2013

20 sen

Sepanjang ber-practical aku hanya bertemankan akak22 office, ada yang memboyot. Kesian pulak aku tengok dia terkengkang jalan bawak perut ke café. Walaupun dah di offer nak tolong, tapi dia tetap gagah ke sana. Kadang-kadang lunch bertemankan adik junior UIA.

Tengahari tadi lunch di kawasan riverside, kata akak office di situ harganya agak murah. Kami melabuhkan punggung di salah satu kerusi, tak sempat nak tarik nafas datang seorang akak café bertanyakan air yang nak di order.

“Air suam satu ye kak” – ujar aku, lalu akak café tadi hanya mengangguk tanda faham.

Aku terus berlalu ke salah satu tender café mengambil nasi lauk. Sampailah ke cashier, aku memberitahu air suam yang di order tadi. (eh, kena bayar ke tak? Rasa serba salah pulak nak minum tanpa bayar even though ianya hanyalah air kosong). Dan ya, aku bayar 20 sen untuk air suam tersebut setelah akak café itu sendiri yang total up harga.

Sampailah satu masa, aku jadi confuse bila tersedar yang air tadi aku order di tender yang berbeza dengan tempat beli makanan. Malah air yang di order di tender yang dibeli makanan tersebut tak de pulak datang hidangkan air.

Perasaan jadi bingung. Nak mintak balik ke 20 sen tadi?

“Karutlah!” bentak hati saya, 20 sen je kut, halalkan je, niat nak derma. Kan dapat pahala…

Akhirnya aku akur, dan bayar 20 sen untuk air suam yang aku order pada awalnya (dan sebenar-benar dapat menghirupnya).

*          *          *

Yang sebenarnya aku lebih kisahkan akak café tu, beliau sedar tak beliau tak hidangkan pun air suam pada aku setelah di remindkan dua kali? Hurm..semoga Allah memberkati kalian, aku halalkan 20 sen tersebut :)




Tuesday, July 2, 2013

Belum bersedia

Pagi ni aku ke tempat kerja menaiki public transport. Abah hanya hantar ke Putrajaya sentral. Mengantuk tak tertanggung, akhirnya aku lelap dalam perjalanan ke sentral.

Sampainya aku ke KL sentral, terus ambil LRT menuju ke Kerinchi. Jam menunjukkan 815 pagi, macam biasa aku berdiri sepanjang perjalanan dalam kesempitan manusia lain yang berpusu ke tempat kerja. Aku perhatikan sekumpulan manusia di bawah railway. Ada yg berjalan tergesa-gesa, ada yg relax menunggu turn utk melintas jalan. Masing-masing dengan hal sendiri.

Ini lah rutin hidup orang berkerjaya. Awal pagi ke tempat kerja, di tempat kerja, tekun siapkan kerja, masuk tengahari lunch, kemudian sambung dengan kerja setelah tamat waktu rehat, lewat petang berpusu-pusu pulang ke rumah, tibanya dirumah dengan penat lelah kerja, malam dipenuhkan dengan tidur pada awal malam. Tidak sempat nak bersembang panjang dengan keluarga.

Tapi, ni semua hanyalah zaman aku practical dan masih bergelar student. Belum ada lagi tanggungjawab besar sebagai seorang isteri dan ibu.

*mengeluh*

Bila aku berada di tempat sekarang (practical), aku dah mulai nampak sedikit sebanyak kehidupan akan datang, kesusahan, pengorbanan, hidup berdikari, keresahan hati…

Tapi kalau hidup kita berpandukan ke jalan Allah, aku percaya hidup akan lebih bermakna dan ada matlamat. Baru nampak apa kita nak capai, apa yg nak diusahakan lagi. Bukan sekadar kerja, balik tidur dan kerja lagi.

*tarik nafas dalam*


Aku belum bersedia untuk alam selepas bergelar pelajar. Tapi, masa dah suntuk.


Monday, July 1, 2013

Practical ke-sebulan

Baca post lepas rasa kelakor, tengah down, down yg sangat down huhu. Malam tadi terjumpa blog lecturer merangkap head of departmen kuliyyah dan beliau jugak adalah supervisor internship aku. Terus rasa tercabar dan buat post ni hehe.

Ni minggu ke-empat practical. Secara jujurnya mmg tak banyak kerja, even sometimes je buat kerja sebenarnya sebab unit aku ni depa tak reti nak bagi kerja, especially site supervisor. Disebabkan dia pangkat GM, so dia terlampau busy dan tak sempat pun nak ambik port bertanya khabar huhu. Tapi aku bertahan je bila fikirkan balik elaun tetap masuk dan dapat pengalaman suasana berkerja etc.

Apapun, bersabarlah wahai fatin nadhirah...sesungguhnya, ujian Allah itu untuk kuatkan lagi diri yg lemah ni..pasti ada sebab musabab kenapa hidup kita bercorak sebegini..(senyum)