Tuesday, July 2, 2013

Belum bersedia

Pagi ni aku ke tempat kerja menaiki public transport. Abah hanya hantar ke Putrajaya sentral. Mengantuk tak tertanggung, akhirnya aku lelap dalam perjalanan ke sentral.

Sampainya aku ke KL sentral, terus ambil LRT menuju ke Kerinchi. Jam menunjukkan 815 pagi, macam biasa aku berdiri sepanjang perjalanan dalam kesempitan manusia lain yang berpusu ke tempat kerja. Aku perhatikan sekumpulan manusia di bawah railway. Ada yg berjalan tergesa-gesa, ada yg relax menunggu turn utk melintas jalan. Masing-masing dengan hal sendiri.

Ini lah rutin hidup orang berkerjaya. Awal pagi ke tempat kerja, di tempat kerja, tekun siapkan kerja, masuk tengahari lunch, kemudian sambung dengan kerja setelah tamat waktu rehat, lewat petang berpusu-pusu pulang ke rumah, tibanya dirumah dengan penat lelah kerja, malam dipenuhkan dengan tidur pada awal malam. Tidak sempat nak bersembang panjang dengan keluarga.

Tapi, ni semua hanyalah zaman aku practical dan masih bergelar student. Belum ada lagi tanggungjawab besar sebagai seorang isteri dan ibu.

*mengeluh*

Bila aku berada di tempat sekarang (practical), aku dah mulai nampak sedikit sebanyak kehidupan akan datang, kesusahan, pengorbanan, hidup berdikari, keresahan hati…

Tapi kalau hidup kita berpandukan ke jalan Allah, aku percaya hidup akan lebih bermakna dan ada matlamat. Baru nampak apa kita nak capai, apa yg nak diusahakan lagi. Bukan sekadar kerja, balik tidur dan kerja lagi.

*tarik nafas dalam*


Aku belum bersedia untuk alam selepas bergelar pelajar. Tapi, masa dah suntuk.


No comments:

Post a Comment