3 helai kertas penting yang perlu ada di atas meja kita:
Kertas pertama: "hari anda adalah sekarang, hari anda adalah sekarang". maksudnya hiduplah anda dalam batas hari ini sahaja.
Kertas kedua: "fikirkanlah dan bersyukurlah". maksudnya fikirkan tentang nikmat Allah yg telah diberikan kpd kt dan syukurilah sblm Allah tarik drpd hidup kt selama2nya.
Kertas ketiga: "jangan marah".
Nasihat22 ini akan menghantar kita kepada kebahagiaan melalui cara yang paling singkat dan mudah. semoga kt dpt menjadi orang yg bahagia.
*Kredit kepada sahabat saya, Syatirah Zul.
Saturday, July 6, 2013
Wednesday, July 3, 2013
20 sen
Sepanjang ber-practical aku hanya bertemankan akak22 office,
ada yang memboyot. Kesian pulak aku tengok dia terkengkang jalan bawak perut ke
café. Walaupun dah di offer nak tolong, tapi dia tetap gagah ke sana. Kadang-kadang lunch
bertemankan adik junior UIA.
Tengahari tadi lunch di kawasan riverside, kata akak office
di situ harganya agak murah. Kami melabuhkan punggung di salah satu kerusi, tak
sempat nak tarik nafas datang seorang akak café bertanyakan air yang nak di
order.
“Air suam satu ye kak” – ujar aku, lalu akak café tadi
hanya mengangguk tanda faham.
Aku terus berlalu ke salah satu tender café mengambil nasi
lauk. Sampailah ke cashier, aku memberitahu air suam yang di order tadi. (eh,
kena bayar ke tak? Rasa serba salah pulak nak minum tanpa bayar even though
ianya hanyalah air kosong). Dan ya, aku bayar 20 sen untuk air suam tersebut
setelah akak café itu sendiri yang total up harga.
Sampailah satu masa, aku jadi confuse bila tersedar yang
air tadi aku order di tender yang berbeza dengan tempat beli makanan. Malah
air yang di order di tender yang dibeli makanan tersebut tak de pulak datang
hidangkan air.
Perasaan jadi bingung. Nak mintak balik ke 20 sen tadi?
“Karutlah!” bentak hati saya, 20 sen je kut, halalkan je,
niat nak derma. Kan dapat pahala…
Akhirnya aku akur, dan bayar 20 sen untuk air suam yang aku order pada awalnya (dan sebenar-benar dapat menghirupnya).
* *
*
Yang sebenarnya aku lebih kisahkan akak café tu, beliau
sedar tak beliau tak hidangkan pun air suam pada aku setelah di remindkan dua
kali? Hurm..semoga Allah memberkati kalian, aku halalkan 20 sen tersebut :)
Tuesday, July 2, 2013
Kusut hati
Hati orang kita takboleh nak x-ray, MRI etc. Hanya Allah yg tahu...
Ya ALLAH yg Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang...Kau permudahkanlah urusanku, Kau leraikanlah segala kekusutan di hatiku ini ya ALLAH...hanya Engkau yg tahu apa terbaik buatku...
Ya ALLAH yg Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang...Kau permudahkanlah urusanku, Kau leraikanlah segala kekusutan di hatiku ini ya ALLAH...hanya Engkau yg tahu apa terbaik buatku...
Belum bersedia
Pagi ni aku ke tempat kerja menaiki public transport. Abah
hanya hantar ke Putrajaya sentral. Mengantuk tak tertanggung, akhirnya aku
lelap dalam perjalanan ke sentral.
Sampainya aku ke KL sentral, terus ambil LRT menuju ke Kerinchi.
Jam menunjukkan 815 pagi, macam biasa aku berdiri sepanjang perjalanan dalam
kesempitan manusia lain yang berpusu ke tempat kerja. Aku perhatikan sekumpulan
manusia di bawah railway. Ada yg berjalan tergesa-gesa, ada yg relax menunggu
turn utk melintas jalan. Masing-masing dengan hal sendiri.
Ini lah rutin hidup orang berkerjaya. Awal pagi ke tempat
kerja, di tempat kerja, tekun siapkan kerja, masuk tengahari lunch, kemudian sambung
dengan kerja setelah tamat waktu rehat, lewat petang berpusu-pusu pulang ke
rumah, tibanya dirumah dengan penat lelah kerja, malam dipenuhkan dengan tidur
pada awal malam. Tidak sempat nak bersembang panjang dengan keluarga.
Tapi, ni semua hanyalah zaman aku practical dan masih
bergelar student. Belum ada lagi tanggungjawab besar sebagai seorang isteri dan
ibu.
*mengeluh*
Bila aku berada di tempat sekarang (practical), aku dah
mulai nampak sedikit sebanyak kehidupan akan datang, kesusahan, pengorbanan, hidup
berdikari, keresahan hati…
Tapi kalau hidup kita berpandukan ke jalan Allah, aku
percaya hidup akan lebih bermakna dan ada matlamat. Baru nampak apa kita nak
capai, apa yg nak diusahakan lagi. Bukan sekadar kerja, balik tidur dan kerja
lagi.
*tarik nafas dalam*
Aku belum bersedia untuk alam selepas bergelar pelajar. Tapi, masa dah suntuk.
Monday, July 1, 2013
Nobody's perfect
Bila kita tengah happy bahagia, usually kita tak expect kita akan terluka teruk. Sebab masa happy tu kita put trust habisan pada seseorang. Sampailah satu masa, ianya memang terjadi kat diri sendiri. Diri tak pernah nak salahkan seratus peratus pada dia sebab takde orang dlm dunia yg perfect. Ianya terpulang pada orang sekeliling nak terima dan interpret dia macam mana.
Ini pegangan aku.
Tapi pegangan hanya tetap pegangan. Kalau apa yg terjadi tak diendahkan orang lain pasal pegangan kita pun, tak jadi jugak kan. Pegangan tu hanya utk kita, kita yg pegang dan percaya. Haih
Practical ke-sebulan
Baca post lepas rasa kelakor, tengah down, down yg sangat down huhu. Malam tadi terjumpa blog lecturer merangkap head of departmen kuliyyah dan beliau jugak adalah supervisor internship aku. Terus rasa tercabar dan buat post ni hehe.
Ni minggu ke-empat practical. Secara jujurnya mmg tak banyak kerja, even sometimes je buat kerja sebenarnya sebab unit aku ni depa tak reti nak bagi kerja, especially site supervisor. Disebabkan dia pangkat GM, so dia terlampau busy dan tak sempat pun nak ambik port bertanya khabar huhu. Tapi aku bertahan je bila fikirkan balik elaun tetap masuk dan dapat pengalaman suasana berkerja etc.
Apapun, bersabarlah wahai fatin nadhirah...sesungguhnya, ujian Allah itu untuk kuatkan lagi diri yg lemah ni..pasti ada sebab musabab kenapa hidup kita bercorak sebegini..(senyum)
Sunday, June 23, 2013
Makin rapuh
Jerebu teruk, Menara TM
Kadang Allah tak bagi kita sesuatu yg kita nak sangat tapi dia gantikan dengan sesuatu yg jauh lebih baik.
Ya , aku tau tu..tau sangat, paham je, digest je ngan kepala ni. Tapi ada something yg buatkan aku blur, tak yakin, takleh terima konsep tu. Astaghfirullah... Mungkin sbb konsep tu bukan benda yg boleh kita nampak ngan mata kasar, thats why payah nak yakin.
Allah.. dugaan ni berat bagi aku, hati aku takde keyakinan..kadang aku rasa ianya sesuai utk aku, kadang tak..tapi yg pasti keinginan hati membuak nak..ke itu semua nafsu je? aku pun buntu ngan feelings sendiri..confuse..
Nak marah, nak benci, nak meluat, nak geram, nak kesian, nak sedih..macam22..feelings tu bercampo baur ikut masa..kadang rasa ni, kadang rasa tu..wallahu'alam.. Allah yg lebih mengetahui..
Kata org, kalau kita nak tahu hati kita milik siapa sebenarnya, fikir balik, bila sedih, kita akan fikirkan siapa dulu? mesti berbalik pada Allah.. ya Allah.. rasa berdosa sebab kadang meletakkan yg lain drp Engkau..patutnya mengadu pada Engkau dulu, baru org lain..maafkan aku ya Allah..
Aku cuma masih menanti even aku tahu kata putusnya apa..aku berserah pada Allah, aku kena belajar didik hati supaya kuat..kuat terima apapun ketentuan-Nya..aku sangat berharap masih terdetik di hatinya utk fikir apa sepatutnya dia perlu buat terhadap aku, sekurang22nya explain elok22..terseksa aku camni. Tolonglah..
Subscribe to:
Posts (Atom)