Wednesday, July 10, 2013

Entah

Berkali-kali jugak baca artikel kat bawah tu..faham, bukannya tak faham. Cuma jauh dalam hati aku ni aku…..erm..nak kata mengharap, ada la jugak tapi dibatasi dengan logic akal aku balik. Kadang22 bermain lagi kat fikiran ni..hati kembali jadi sakit..

Allah..payahnya aku nak lawan..adakah rapuh benar imanku ini? 

Ya..aku rasa memang ya..teruknya diri, lemahnya diri.

Artikel yg boleh buat nangis

Wahai sahabatku,
Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.
Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,
Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.
Wahai sahabatku,
Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…

Monday, July 8, 2013

Hi tea

4 Julai selesai event Hi Tea anjuran YTM bersama salah seorang org besar di YTM. Sesi hi tea kali ni lebih kepada sharing permasalahan dlm study (even aku tinggal satu sem je lagi tetap dijemput hoho) but still berguna, especially part sharing utk pilihan masa depan nanti.

Pakcik (baca: pakcik yg ada jawatan besar tu) dia ada nasihatkan, dalam perancangan hidup kita ni, focus dulu apa yg ada di depan mata. Kebetulan kami  tengah menjamah chicken chop (hi tea power dihidang chicken chop hehe), pakcik tu ada bagi perumpamaan..

“Habiskan makanan yg ada dalam pinggan ni dulu, lepas tu baru fikir makanan lain..”

Lebih kurang camtu la..so, ape aku kena buat sekarang is, habiskan je study ni dulu and if dipanggil berkhidmat, kerja je dulu..andainya itu yg lebih aulia dan memberi manfaat. Sambung belajar dan hal lain, fikirkan nanti. Jika darft planning hidup kita lebih jelas sebegitu, teruskan je dulu..jika Allah dah tetapkan corak lain, Dia semestinya akan tunjukkan kita jalan dengan cara lain dan di waktu lain. Takperlu nak sesakkan kepala fikir jalan yg kita kurang jelas..lalui apa yg didepan mata dahulu..


Betul ke ek? Terpulang kepada penerimaan individu :)


Sunday, July 7, 2013

Dari FB

"Allah does not judge you on how bad you have been in the past but rather on how good you strive to be now" ~Yasir Qadhi

Ramadhan itu bulan perubahan, maka beruntunglah bagi sesiapa yg berjaya m'perbaiki diri hingga saat 27 Ramadhan ni. Moga dilimpahi rahmat & istiqomah hingga akhir waktu. Firman Allah SWT (bermaksud): “Sesungguhnya Allah tx ubah apa yg ada pd sesuatu kaum sehingga mereka m'ubah apa yg ada pd diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11)  Ramadhan 1432 H.

bila belek2 kit asas2 fasi yg dpt time basic trening dlu t'jmp kata2 ni ~ "bukankah si pesakit akan mati jika tdk dberikn makan dan minum? ramai yg mnjwb ya.. begitulah sama keadaan kiranya seseorg itu tdk dberikn khidmat dan ilmu pengetahuan selama 3 hari saja,maka akan matilah ia.."

jadi burung mesti best sbb dpt terbang dgn bebas n tak terikat dgn mana2 tmpt.suka hati je mana nak hijrah ikutkan kata hati.. tapi kan, jadi manusia lagi best sbb wlpun terikat dgn mcm2 hal dan kena setelkan mcm2 benda, semuanya dpt pahala selagi apa yg dilakukan based on niat baik kita.. jadi fikir2kanlah wahai manusia~ ^^, -  mst jd mnusia best coz Allah dah kata manusia adalah sebaik2 ciptaanNya

kekalkan kemesraan yg ada 
tunjukkanlah jalan yg benarsuluhkanlah dgn cahaya-Mutiada malap, terangi alam-Mu..
~lama tak baca sama2 dgn e others hurm~


"Dan siapakah yg lbh zalim drp org yg tlh dperingtkan ayat-ayat Tuhannya,lalu dia b'paling darinya dan m'lupakan apa yg telah dkerjakan oleh kedua tgnnya?" (18:57)

Nafsu itu sangat jahatnya, begitulah TUHAN m'beritahu.. Nafsu sifatnya melulu, kehendaknya tidak bertepi.. Apa saja ia mahu, halal haram ia tidak peduli.. Kemahuannya sangat dasyat hingga m'jadi sesat dan memudaratkan.. Kehendaknya tidak pernah puas, dapat sedikit ia mahu lagi.. Hingga HATI raja diri m'jadi derhaka pada TUHANnya.. Allahu Rabbi, sedarkan kami..

bila kita jaga hubungan dgn Allah,inshaAllah hubungan kita dgn mak ayah shbt kenalan adik beradik cikgu mak cik cleaner pakcik bas dll pun akan jd baik..so jom flashback blk camne hubungan kte tu dlu2? jgn nak pertikaikan je nape hubungan kita dgn diorg tak baik skrg.. ehm~

utamakan tetamu yg dkt dulu (Ramadan) drp mengutamakan tetamu yg jauh (hari raya), merujuk kpd byk shopping mall dah mula dendangkn lagu raya,hu2 - pentazkirah terawih mhlh ameenah ~ 2010 ramadhan

Saturday, July 6, 2013

Nota 3 peringatan

3 helai kertas penting yang perlu ada di atas meja kita:

Kertas pertama: "hari anda adalah sekarang, hari anda adalah sekarang". maksudnya hiduplah anda dalam batas hari ini sahaja.

Kertas kedua: "fikirkanlah dan bersyukurlah". maksudnya fikirkan tentang nikmat Allah yg telah diberikan kpd kt dan syukurilah sblm Allah tarik drpd hidup kt selama2nya.

Kertas ketiga: "jangan marah".

Nasihat22 ini akan menghantar kita kepada kebahagiaan melalui cara yang paling singkat dan mudah. semoga kt dpt menjadi orang yg bahagia. 



*Kredit kepada sahabat saya, Syatirah Zul. 

Wednesday, July 3, 2013

20 sen

Sepanjang ber-practical aku hanya bertemankan akak22 office, ada yang memboyot. Kesian pulak aku tengok dia terkengkang jalan bawak perut ke café. Walaupun dah di offer nak tolong, tapi dia tetap gagah ke sana. Kadang-kadang lunch bertemankan adik junior UIA.

Tengahari tadi lunch di kawasan riverside, kata akak office di situ harganya agak murah. Kami melabuhkan punggung di salah satu kerusi, tak sempat nak tarik nafas datang seorang akak café bertanyakan air yang nak di order.

“Air suam satu ye kak” – ujar aku, lalu akak café tadi hanya mengangguk tanda faham.

Aku terus berlalu ke salah satu tender café mengambil nasi lauk. Sampailah ke cashier, aku memberitahu air suam yang di order tadi. (eh, kena bayar ke tak? Rasa serba salah pulak nak minum tanpa bayar even though ianya hanyalah air kosong). Dan ya, aku bayar 20 sen untuk air suam tersebut setelah akak café itu sendiri yang total up harga.

Sampailah satu masa, aku jadi confuse bila tersedar yang air tadi aku order di tender yang berbeza dengan tempat beli makanan. Malah air yang di order di tender yang dibeli makanan tersebut tak de pulak datang hidangkan air.

Perasaan jadi bingung. Nak mintak balik ke 20 sen tadi?

“Karutlah!” bentak hati saya, 20 sen je kut, halalkan je, niat nak derma. Kan dapat pahala…

Akhirnya aku akur, dan bayar 20 sen untuk air suam yang aku order pada awalnya (dan sebenar-benar dapat menghirupnya).

*          *          *

Yang sebenarnya aku lebih kisahkan akak café tu, beliau sedar tak beliau tak hidangkan pun air suam pada aku setelah di remindkan dua kali? Hurm..semoga Allah memberkati kalian, aku halalkan 20 sen tersebut :)




Tuesday, July 2, 2013

Kusut hati

Hati orang kita takboleh nak x-ray, MRI etc. Hanya Allah yg tahu...

Ya ALLAH yg Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang...Kau permudahkanlah urusanku, Kau leraikanlah segala kekusutan di hatiku ini ya ALLAH...hanya Engkau yg tahu apa terbaik buatku...


Belum bersedia

Pagi ni aku ke tempat kerja menaiki public transport. Abah hanya hantar ke Putrajaya sentral. Mengantuk tak tertanggung, akhirnya aku lelap dalam perjalanan ke sentral.

Sampainya aku ke KL sentral, terus ambil LRT menuju ke Kerinchi. Jam menunjukkan 815 pagi, macam biasa aku berdiri sepanjang perjalanan dalam kesempitan manusia lain yang berpusu ke tempat kerja. Aku perhatikan sekumpulan manusia di bawah railway. Ada yg berjalan tergesa-gesa, ada yg relax menunggu turn utk melintas jalan. Masing-masing dengan hal sendiri.

Ini lah rutin hidup orang berkerjaya. Awal pagi ke tempat kerja, di tempat kerja, tekun siapkan kerja, masuk tengahari lunch, kemudian sambung dengan kerja setelah tamat waktu rehat, lewat petang berpusu-pusu pulang ke rumah, tibanya dirumah dengan penat lelah kerja, malam dipenuhkan dengan tidur pada awal malam. Tidak sempat nak bersembang panjang dengan keluarga.

Tapi, ni semua hanyalah zaman aku practical dan masih bergelar student. Belum ada lagi tanggungjawab besar sebagai seorang isteri dan ibu.

*mengeluh*

Bila aku berada di tempat sekarang (practical), aku dah mulai nampak sedikit sebanyak kehidupan akan datang, kesusahan, pengorbanan, hidup berdikari, keresahan hati…

Tapi kalau hidup kita berpandukan ke jalan Allah, aku percaya hidup akan lebih bermakna dan ada matlamat. Baru nampak apa kita nak capai, apa yg nak diusahakan lagi. Bukan sekadar kerja, balik tidur dan kerja lagi.

*tarik nafas dalam*


Aku belum bersedia untuk alam selepas bergelar pelajar. Tapi, masa dah suntuk.


Monday, July 1, 2013

Nobody's perfect

Bila kita tengah happy bahagia, usually kita tak expect kita akan terluka teruk. Sebab masa happy tu kita put trust habisan pada seseorang. Sampailah satu masa, ianya memang terjadi kat diri sendiri. Diri tak pernah nak salahkan seratus peratus pada dia sebab takde orang dlm dunia yg perfect. Ianya terpulang pada orang sekeliling nak terima dan interpret dia macam mana.

Ini pegangan aku.

Tapi pegangan hanya tetap pegangan. Kalau apa yg terjadi tak diendahkan orang lain pasal pegangan kita pun, tak jadi jugak kan. Pegangan tu hanya utk kita, kita yg pegang dan percaya. Haih


Practical ke-sebulan

Baca post lepas rasa kelakor, tengah down, down yg sangat down huhu. Malam tadi terjumpa blog lecturer merangkap head of departmen kuliyyah dan beliau jugak adalah supervisor internship aku. Terus rasa tercabar dan buat post ni hehe.

Ni minggu ke-empat practical. Secara jujurnya mmg tak banyak kerja, even sometimes je buat kerja sebenarnya sebab unit aku ni depa tak reti nak bagi kerja, especially site supervisor. Disebabkan dia pangkat GM, so dia terlampau busy dan tak sempat pun nak ambik port bertanya khabar huhu. Tapi aku bertahan je bila fikirkan balik elaun tetap masuk dan dapat pengalaman suasana berkerja etc.

Apapun, bersabarlah wahai fatin nadhirah...sesungguhnya, ujian Allah itu untuk kuatkan lagi diri yg lemah ni..pasti ada sebab musabab kenapa hidup kita bercorak sebegini..(senyum)