Friday, September 25, 2015

Macam tu je lah Senah

Situasinya macam ni lah.

Kita masing-masing faham apa kita nak tapi banyak benda yang masih tak pasti dan ianya menjadi penghalang buat masa sekarang.

Kita tak macam dulu tapi sekarang lebih yakin dan jelas apa yang kita nak cumanya tak leh obvious macam dulu. Biarlah batasan kita tetap dijaga sebab siapalah kita untuk tahu apa akan jadi nanti kan. Macam ko cakap, selagi takde ikatan yang sah..eloklah kita macam kawan.

Kita boleh start berusaha sekarang utk capai matlamat kita, iaitu, ko cepat habiskan study supaya boleh fikir apa yang seterusnya. Aku yakin, kalau betul, Allah akan mudahkan walau sekarang mungkin nampak impossible dan susah senarnya.

Aku masih kat sini, support ko k.

Aku pun rasa jugak berdosa bila selalu sangat fikir pasal ko, nak spend masa dengan ko, ajak ko ke sana sini. Umur makin bertambah, tapi attitude macam kita ni dah ada ikatan pape pulak. Tak elok, dan aku tau. Haih

Raya Aidilfitri yg tak Disangka

Semalam lupa nak cerita.

Raya aidilfitri haritu, aku invite few friends datang raya rumah. Yang lain kengkawan yang memang nak konvoi beraya.

Dia datang beraya dengan adik. Thanks sebab sudi mai raya. Niat aku just, mama abah suh jemput mai so jemputlah kan and secondly saja nak bagi dia kenal family aku. Semuanya okay sampailah abah start tanya soalan cepumas kat dia..adeh. Tapi bila fikir balik, sebabkan abah tanya dan cuba explain la aku rasa dia dah start faham dan terbukak sikit fikiran towards family dan expectation abah dan aku sendiri. Alhamdulillah sekurangnya dia dah tau apa perasaan aku yg latest ni.

Cuma, aku pun masih tak pasti future kami mcm mana. Even aku berharap tapi aku sedar aku berpijak kat dunia mana. Aku dah janji dengan diri sendiri, aku nak tolong dia support study dia sampai berjaya grad. Aku tau dia ada cabaran sendiri nak habiskan disebabkan faktor diri sendiri, kengkawan satu batch dah takdak, masih sibuk itu ini, kerja part-time dll. Aku takkan halang apa dia nak buat melainkan apa dia nak buat tu melebihi benda yang lebih prioriti. Aku doakan semuanya akan dipermudahkan, berapa bulan je lagi, then dia akan balik kampung dan....................herm..

Senarnya aku bukan fikir negatif, aku cuma nak berjaga-jaga dengan hati dan perasaan sendiri ni. Takut senarnya..

Tapi, aku tau aku kena usaha sekarang dan doa dan tawakkal..Allah tau selebihnya..


Intern friends and 3.0 again!

Salam Aidiladha!

Dah September pun..last post Jun lepas.

...............................malasnya nak taip tapi rasa cam banyak betul benda nak cerita. K lah, kalini kita try cara lain selain just karangan buta haha


Jun - Ogos. Depa dah habis intern, cukup 3 bulan dah senarnya. Sedih kot, 3 bulan ni memang lunch sekali, lepak, balik sesama. Dan sekarang, back to normal working life. Aku, kerja, boss, budak kerja dan lelain :"( Anyhow, a good memories, alhamdulillah.


Ogos. Alhamdulillah, result sem 3, tahun 1 dapat naik CGPA ke 3 pointer balik. Alhamdulillah..baru ingat nak give up kalau still fail, Allah bantu tunjukkan jalan. Alhamdulillah. Terimakasih abah, mama, sedara, kengkawan dan ko sebab tolong bagi support.

September. I realized and learnt seriously few things untuk financial planning and saving. Selain tu, berazam untuk join aktiviti outdoor (hiking dan jogging/workout sesikit) dan kurangkan berfikir pasai sorang tuuuuuu ja. Ingat, life is short, make full use of your life Fatin. Oh dan jugak, fokus study, buat assignment bersungguh jangan dok halai balai, tajdidkan niat, belajar sesuatu bukan semata master di tangan, gunakan ilmu tu. Kerja pun tak lupa, do your best. kerja kan ibadah. Hurmmm..

Fatin can do this. Go go!

K lah..ketemu lagi.